Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 29 Januari 2008

My First Rig..ICOM IC V8000

setalah lama kuimpikan untuk mempunya dan memilik sebuah mobile rig...akhirnya aku berjaya memilikinya pada minggu lepas...

walaupun rig ini tak seberapa canggih..
tapi masih mempunya power output yg tinggi...75w..

dibeli dgn harga rm710.00 dari Kedai SCS..






di atas ic v8000 tu adalah Uniden BCT15 Trunktracker Radio Scanner..

Khamis, 17 Januari 2008

Caravan Mares

Caravan MARES - terima kasih dan tahniah kepada semua
Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim
Monday, 14 January 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dengan bantuan semua rakan-rakan, caravan MARES yang baru dibeli kita telah pun berada dengan selamat di rumah Kelab MARES pada hari Ahad yang lepas.

Caravan yang baru diperolehi ini, dibiayai oleh sumbangan rakan-rakan yang budiman dan ditambah dengan dana dari tabung kelab MARES.

Caravan ini akan diubahsuai sebagai Mobile Command Center, untuk kegunaan operasi komunikasi kecemasan. MARES amat-amat mengalu-alukan sumbangan bagi memperbaiki caravan ini. Sumbangan boleh dihantar terus kepada MARES, pada alamat kelab, atau melalui Bendahari MARES, 9W2DJ.

Gambar-gambar sekitar operasi membawa balik caravan ini boleh dilihat disini:-
http://www.mares.org.my/coppermine/thumbnails.php?album=71

Tidak dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan Segamat Ham Club, seperti 9W2PCK, 9W2CAB, 9W2JNG, 9W2NOS, 9W2DJC, Pak Din dan semua yang turut membantu rakan rakan MARES semasa operasi membawa balik caravan.

Tahniah dan semoga MARES akan terus berkembang. Sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu.

Bengkel Membuat Antenna

Kepada semua ahli SCS , satu bengkel membuat antenna akan diadakan..

Tarikh : 23 Januari 2008 ( Rabu-Cuti Thaipusam )
Masa : 10.00 pagi
Temapt : Pinggiran Subang ( Pejabat SC3-DA )

Jenis Antenna : J POLE
Bayaran : RM66.00

Peserta yg telah mengesahkan pengabungan:
1. SC3 DA
2. SC3 XSD
3. SC2 MH
4. SC3 SY
5. SC3 AG
6. SC3 DC
7. SC3 ML
8. SC3 FA
9. SC3 OR
10. SC3 XAJ
11. SC1 GT
12.
13.
14.
15.