Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 20 Mei 2008

Radio Amatur Jadi Penyelamat




Aku jumpa video ni kat website Wilayah V17..

Lokasi Kejadian : Gunung Nuang..( famous sungguh gunung ni )
Tarikh : 11 Mei 2008

Aku Tak Sangka..



Universiti Industri Selangor..
Aku tak sangka yang aku akan masuk Universiti ni..
memang aku tak pernah terfikir nak masuk Unisel..
doakan aku berjaya dengan pembelajaran aku selama 3 tahun..
insyaAllah...

Gegaran Di Bandar Sri Permaisuri

Assalamualaikum..

Aku sedang menonton tv, rancangan Dirty Jobs..
tengah best tengok cerita tu , tiba2 aku dengar ada pengumuman kat pangsapuri depan kondo aku..
lebih kurang macam ni lah isi kandungan pengumuman tu..
"..Perhatian kepada semua penduduk Sri Penara , diminta untuk turun ke bawah dan pastikan pintu rumah anda dikunci , berikutan gegaran yang berlaku sebentar tadi.."
aku terkejut..sebab kat rumah aku , Cengal Kondominium , memang aku takde rasa apa2 gegaran..
aku tengok luar , nampak sebuah kereta peronda polis tengah berlegar-legar kat kawasan pangsapuri tu,,

Aku bergegas ke dalam bilik kawalan aku..aku on receiver aku..
kot2 ada emergency call or interesting conversation..
tapi senyap jer receiver aku tu..mera juk kot..

then aku on freq pradas lepas tu aku tukar channel SCS..
baru aku dapat tau ada gempa bumi di indonesia..
kuat jugak lah..6.1 skala ritcher..

aku pun bawak handy aku..
keluar rumah..tengok apa yg terjadi kat pangsapuri dari tingkat 6 rumah aku..
aku nampak ramai orang turun kat bawah..berkumpul di kawasan lapang..
dikawal oleh polis diraja malaysia..
ada juga kelihatan kereta polis jenis Nissan X-Trail ulang alik kat jalan besar..
dengan lampu birunya yg berkelipan ..
aku sampaikan info mengenai gegaran tu kat SLD-1..(SCS)..
kebetulan SC3DZ ( jiran aku )..
ada monitor kat sld-1..
dia pun masuk dan tanya aku apa yg terjadi..
aku pun infokan lah situasi terkini...

keadaan menjadi bingit sebentar apabila sebuah jentera bomba tiba ke tempat kejadian..
then..beberapa anggota bomba turun dan mula memasuki ke bangunan pangsapuri tu..
lebih kurang setengah jam ( kalau tak silap aku.. )
penduduk mula dibenarkan pulang ke rumah masing2..



hmm..
alhamdulillah , rumah aku tak bergegar..
walaupun kondo yg aku duduk ni..
tinggi 19 tingkat..
rumah aku tingkat 6..
tapi takde sebarang laporan yg kondo aku duduk ni..turut bergegar pada malam tu..

p/s..ni baru gegaran kecil jer..orang ramai dah panik..bayangkan kalau gegaran besar....hmm..wallahualam..

Ahad, 18 Mei 2008

Maaf Sebab Dah Lama Blog Aku Tak Diupdate

Assalamualaikum ..
Salam..

Maaf sebab dah lama aku tak update blog aku dengan info2 yang berguna..
sebab aku sibuk, baru masuk Universiti Industri Selangor..
sambung study selepas spm..
aku ambik Diploma Medical Imaging..

Sebab tu aku tak sempat nak update blog aku...

Sori Sangat2..

Nanti ada masa dengan idea..
aku updatekan blog ni..

sekian..

73

Khamis, 1 Mei 2008

Mega Eyeball SCS 2008

Assalamualaikum..

Apa Ya nak tulis hari ni..???
Hmm...Idea..Di mana engkau menghilang..??? Muncul lah dikau..Hahahaha...
Okey..Idea dah ada..
Apa kata, mengenai Mega Eyeball SCS pada 30.04.2008 kat Rabok Bay , Jalan Kebun..

info..ini adalah eyeball yang pertama aku sertai..hehe..
so nervous lah and rasa janggal je bila jumpa rakan2..or tuan punya suara..
fuh..terkejut bila tengok orangnya...haha..memang berbeza dari suaranya...
tapi..dapatlah aku berjumpa atau dapat lah aku melihat tuan punya badan dan suara...
SC1GT, SC1LE , SC1WW, SC2XX , SC2MH , SC3KBM , SC3PQ,SC3ZQ, SC3GQ , SC3NQ , SC3JQ , SC3YJ , SC3SQ , SC3SJ , SC3RO , SC3DZ ( jiran aku ) , SC3DC , SC3JY ( aku gelak giler2 ) , SC3TM ( yg ni aku terkejut ) , SC3MV , SC3WK ( tanya aku mimpi lagi ke tak.. ) , dan ramai lagi lah...kiranya meriah lah semalam..

tempat letak kereta Rabok Bay dipenuhi dengan kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan2 yang dilengkapi dengan antenna tinggi..hehe..excited giler aku bila tengok kereta2 tu..haha..
Avanza, Hilux , Prado , Kembara , Mercedez , Kancil , Wira , Terrano , Honda dan bla..bla..bla..semua ada antenna mobile yang melambai-lambai dan mencakar langit..hehe..

majlis mula lebih kurang 9.00 malam kalau tak silap aku...haa..yelah..dekat2 pukul 9..
majlis dimulakan dengan bacaan doa..lepas tu ucapan dari SC1GT...lepas tu diikuti ucapan dari Bang Leck . SC1LE..

lepas tu ada persembahan nyanyian dari harmonic...hmmm.siapa yaa...lupalah...
tapi memang suara adik tu sedap , merdu , memikat kalbu..haha..kalah peserta2 AF6..
makan2..?? of coz ada..para hadirin dihindangkan makanan yg best..ada kambing golek tgh jalan..ehh..silap..ada kambing golek..tapi aku tak makan lah..tak minat.. :-)..sebab aku lagi suka ayam..hehe

acara serambi net..( boleh katakanlah ) dikendalikan oleh pak ngah ( gelaran diberi ) SC1WW..
dengan perangainya..dengan gelak tawanya...menghiburkan mereka yang hadir..

malam tu turut diadakan majlis persandingan SC3-BMO dengan XYLnya ( isteri )..di atas pentas majlis..siap ada pelamin..meriah2..
persembahan silat juga tidak dilupakan..memang hebat.. :-)
kedebommmm.....terkejut aku...rupanya ada persembahan bunga api..macam kat klcc pulak..
bertambah meriah..rasanya pasangan mempelai ni takkan lupakan saat ni..semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

ada lagi kejutan pada malam itu..
ahli scs mesti kenal SC3-JY...kenal tak..???..laaaa...takkan tak kenal kot..
haha..pada malam tu..merupakan hari kelahiran beliau yang ke-35..
beliau agak terharu dengan sambutan rakan2..
takpe..JY..ni kelebihan kita menyertai kelab radio atau hobi radio ni..
ramai rakan2..betul tak..??
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
dan teruskan menceriakan rakan2 di SLD1 dan SLD2..

oh ya..t-shirt juga ada dijual sebagai cenderahati..
cantik t-shirt tu..


hmm..aku kena balik awal..
sebab adik aku dah mengantuk..
lebih kurang pukul 11.00 malam..aku bergerak pulang..
sempatlah jugak QSO dgn SC3KO , SC3TQ , SC3EZ , SC3SJ..
semua dalam perjalanan pulang ke rumah masing2..

malam tu adalah pengalaman baru bagi aku.. :-)
satu je aku rasa kesal..tak sempat ambik gambar majlis..huhu..
tapi takpe..yang penting..memori tu dah terpahat di hati aku.. :-)

73