Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 18 Mac 2008

Short Video Mengenai 'HAM RADIO'

Video ini kalau tak silap dibuat pada tahun 1939...
menceritakan tentang serba sedikit mengenai radio amatur..

Selamat Menonton.. :)

Selasa, 11 Mac 2008

Adakah betul tindakan beliau ni..??


sekadar pertanyaan..
adakah sah utk menggunakan Radio Amatur utk kegunaan politik..??
dan beliau memegang callsign 9M2-FAX...
heh..entahlah...
kalau ikutkan dlm GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA...
under PART B : AMATEUR RADIO OPERATING PROCEDURE ( AOP )
section PROHIBITED TRANSMISSION FOR AMATEUR RADIO STATION
number 1 or A is : COMMUNICATION RELATED TO ANTI GOVERNMENT , RELIGION , POLITICS, BUSSINESS AND RACIAL ISSUES AND ANY OTHER FORMS OF ISSUES WHICH ARE SENSITIVE TO THE PEOPLE OF MALAYSIA..

heh....
ntahlah.....
aku pun xtau nak cakap apa... :)

p/s..sori kalau aku ada buat mana2 pihak terasa...


7 3

Lepas satu masalah..masalah lain pulak timbul...

Heh...
kalau pada hari Ahad ( 9 mac 208 ) tayar kereta ayah ku meletup..
pada hari esoknya , Isnin ( 10 mac 08 )...
Cermin tingkap kereta ayahku dipecahkan...tujuannya hanya satu..
utk mengambil radio FM..huh..berkecai habis cermin tuh...
BA** punya pencuri...kalau nak sgt radio fm tuh..mintak je lah..boleh bagi FREE....!
tapi tak payah lah sampai PECAHKAN TINGKAP TUH...MAK BAPAK TAK AJAR KERRR....
tak pasal2 kena ganti cermin tingkap tuh....


tingkap...

tinggal wire jer...

serpihan kaca...

serpihan kaca lagi..

seperkara lagi...
nasihat ku kepada rakan2...
jangan biarkan barangan berharga diletak di dalam kereta apabila anda meninggalkan kereta anda...terutama radio transceiver ( RIG OR HANDY ) , laptop , telefon bimbit mahupun public phone, atau apa saja barang yg dikategorikan sbagai berharga kepada penagih dadah , or remaja2 berkeliaran tanpa arah tuju...
mintak bantuan PDRM sekiranya terlihat ada orang yang mencurigakan di kawasan letak kereta or di taman perumahan anda....


7 3

Ahad, 9 Mac 2008

Tayar kereta ku meletup.....

Heh...
mmg dah nasib...
di suatu pagi Ahad yg indah....
ku bermobile ke Port Dickson bersama dgn ayah ku...
dgn tujuan nak membayar upah kpd org yg menjaga bot memancing family ku..( tapi x pernah pun memancing )

sedang ku melalui Lebuhraya yg menuju ke Port Dickson tu...
tiba2...KEDABOOOMMMMMM......hehe xlah... POMM... jer...
mula2 kami x perasan apa puncanya....
tiba2 hati ku terdetik utk melihat side mirror....
and then ku nampak tayar belakang dah leper.....huhu...
terus berhenti kat tepi jalan...kilometer 29.8..kalau x silap..

dalam usaha utk menukar tayar....
tiba2 jack yg digunakan..tergelonsor dan menyebabkan kereta ku terjatuh...bygkan sebuah kereta yg beratnya 2,000 kg lebih...terjatuh...
huh..kemek sikit brake disc blakang...

seterusnya apabila keadaan dah terdesak....
kami menelefon pihak PLUS...di talian 1-800-88-0000..talian bebas tol....
tidak sampai 10 minit..ku melihat sebuah Ford Ranger berwarna kuning tiba dgn lampu lip-lapnya...meriah..semalam Hari Raya lah katakan...haha

pastu mereka membantu kami utk memasang tayar...
dan akhirnya kereta dapat bergerak semula...


tayar yg dh kempis.......


nampak tak bahagian yg koyak tuh..??

dah penyek dahhh....

koyak..dah botak

panjang calarnya....

bantuan dah tiba...utk info..ku yg memakai baju warna kelabu...xde dlm gambar

sedang berusaha...

dah nak siap...inilah kereta ayah ku...ada sticker callsign SCS...tp callsign aku lah... :)

jutaan terima kasih kepada Polis Bantuan a.k.a PLUSRONDA yg sudi membantu di saat2 kesusahan..
rig ada dalam kereta..tapi x dpt transmit..kawasan sukar ...

sekadar peringatan...
kepada rakan2...
selalulah periksa tayar kereta anda..
utk mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku....


7 3

Oh Ya...Sebelum aku terlupa ver 2

Sekali lagi..
aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 yg sudi berQSO..EHH..silap..yg sudi QSO dgn aku...

SC3-KPJ
SC3-SJ
SC3-ML
SC3-IB / 9W2IBR
SC3-XBX
SC3-RR
SC3-HI
SC3-BMD


utk informasi rakan2....
ini antara stesen yg pernah QSO dgn aku... :)
kalau ada rakan2 yg tertingal...ku menghimpun 10 jari ku ini...
jutaan kemaafan ku pohon... :)


jumpa lagi...

7 3

Rabu, 5 Mac 2008

Diriku Kebosanan...

Heh...
sejak akhir2 ni..
aku rasa boring sgt...
heh...ntahlah...

nasib baik ada radio di sisi ku..
dapat aku monitor QSO rakan2...


7 3

Selasa, 4 Mac 2008

SCS SHOOTING ACADEMY

Selaras dengan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SCS
Communication & Sport serta persetujuan dari Penaung SCS Communication
& Sport - YBM Tunku Abdul Jalil ibni Tunku Osman, maka dengan ini
diumumkan SCS Communication & Sport telah melangkah setapak lagi
dengan mewujudkan SCS Shooting Academy.

SCS Shooting Academy ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memberikan
latihan menembak menggunakan senjata api kepada ahli pengguna SCS dan
bukan ahli SCS secara lebih profesional.

Kepada ahli pengguna SCS Communication & Sport yang ingin menjadi ahli
kepada SCS Shooting Academy, dikenakan bayaran sebanyak RM300,
manakala kepada yang bukan ahli SCS, bayaran yang dikenakan adalah
sebanyak RM550.00

Kelebihan menjadi ahli di SCS Shoting Academy;
Akan diberikan Kad Keahlian SCS Shooting Academy
Setiap ahli boleh menggunakan lapang sasar tanpa had (7 hari seminggu,
tertakluk kepada peraturan lapang sasar).
Akan dipertimbangkan untuk disyorkan bagi mendapatkan lesen senjata
C&U (Carry and Use) dibawah lesen SCS Shooting Academy.

Keahlian Divisyen PERTAMA (First Division) dibuka sekarang. Seramai 25
orang dihadkan untuk menyertai setiap Divisyen. Jadikan diri anda
sebagai salah seorang dari 25 orang yang pertama berada dalam Divisyen
PERTAMA.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi
| SC1GT - 019.321.8549 | SC1LE - 019.381.5969 |

(Dipetik dari kenyataan SCI-LE )


7 3