Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 29 April 2008

300 Ahli Pre Amateur SCS Communication Meriahkan Mega Eyeball

Petikan Daripada Akhbar Sinar Harian ( Selasa , 29 April 2008 )
Muka Surat S15..

Klang - Seramai 300 ahli Kelab Pre Amateur SCS Communication and Sports dijangka akan memeriahkan Mega Eyeball yang bakal diadakan di Rabok Bay , Jalan Kebun , Rabu ini.

Perjumpaan itu juga bersempena dengan Majlis Penyerahan Lesen Pre Amateur , Apparatus Assignment ( AA ) yang dikeluarkan mengikut Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Pengarah Teknikal SCS , Shah Harizal Kamarudin berkata , selain daripada penyerahan lesen Pre Amateur ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli.

Menurutnya , The Pre Amateur radio ditubuhkan pada 4 Oktober 2006 dan kini mempunyai 200 keahlian bagi menyediakan platform kepada peminat radio amatur yang masih belum memiliki lesen berkenaan.

"Menerusi AA mereka boleh menggunakan radio komunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen amatur ( 9W2) di semenanjung Malaysia khususnya di kawasan Lembah Klang.

"Apa yang penting , program ini dapat mempertemukan sesama ahli yang sebelum ini hanya berhubung melalui radio antara mereka.

"Kita juga akan mengumpul barang-barang makanan untuk didermakan kepada rumah kebajikan dan memperkenalkan SCS sebagai rakan pemantau Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) ," jelasnya.

Isnin, 28 April 2008

Morse Code Circuit ( Murah Punya )

Morse-code Practice


Parts List
R1 = 3K3 IC1 = 555 Timer IC
R2 = 15K S1 = Morse Keyer
P1 = 500 ohm
C1 = 0.047uf (47nF)
C2 = 0.01uF (10nF)
C3 = 4.7uF/16v

Mega Eyeball SCS 2008

Assalamualaikum Rakan2 SCS,

Jangan Lupa Pada Hari Rabu Ini , 30 APRIL 2008
Akan Diadakan Mega Eyeball Dan Majlis Penyerahan Apparatus Assignment
Bertempat Di Rabok Bay , Jalan Kebun..

Kalau Boleh , Hadirlah Beramai-ramai Untuk Memeriahkan Lagi Acara Ini.. :-)
Insya-Allah , Kita Akan Hadir Pada Majlis Tu..


p/s..Terima Kasih Kepada Wak Jo ( SC3-KBZ ) Dan Rakan2 Jalan Kebun Yang Lain , Kerna Telah Mendahulukan Bayaran Sebanyak RM2000.00 Kepada Pihak Pengurusan Rabok Bay..

Khamis, 17 April 2008

Hmm..

Assalamualaikum..

Apa yer aku nak tulis kat blog aku nie..hmm..
ada cadangan tak..??

Sebab aku ni pun baru lagi dalam dunia Ham Radio ni..( kalau aku tulis ham jer nanti ada orang salah faham..hehe )
Bila aku tengok blog rakan2 ham radio yang lain..
Fuh..penuh dengan informasi teknikal , propagasi , radiasi , SOP , DX , HF ,CW ,SSB , LSB , USB , 6M BAND , 80M BAND , 10 M BAND , set2 radio amatur , projek2 homebrew , tips2 untuk rakan2 lain..
Tapi di blog aku ni..sunyi jerw..tanpa sebarang info dari aku..
Yelah , aku ni lesen kelas B pun tak ada lagi..hmm..so ilmu pengetahuan yang aku ada ni pun sikit jer..
tak cukup untuk disampaikan..
lebih2 lagi mengenai teknikal , yang lain2 tu lagilah..
yelah , aku ni selalu guna kat 2M band ( hmm..sbenarnya bukan 2m band pun.. )
mode FM jerw...huhu..

Jadi..
aku nak minta maaf kat rakan2 yang melawat blog ni..
kalau2 kat blog aku ni tak ada informasi yang berguna..
kalau2 aku hampakan anda semua.. :-)

Rabu, 9 April 2008

Short Video Klip SLD-2 Diceroboh Oleh Orang Iran

Ni aku ada short video klip yang aku rakan semasa SLD-2 diceroboh..
bahagian yang ni tak rasa sakit hati sangat..
part yang aku rasa sakit hati sangat tu..
aku tak sempat rakam..

Terima Kasih Rakan2 SCS ..

Assalamualaikum ,

pertama sekali , aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 9W2 , SC3 dan SC2 yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni dan yang tak penuh dengan informasi yang berguna.

walaupun aku dah wujudkan blog ni dah dekat 4 bulan
tapi masih banyak informasi yang aku tak postkan kat sini

tujuan aku post kali ni..
nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 SCS yang pernah QSO dengan aku , sama ada dengan secara rasmi atau pun secara tidak rasmi..

dalam buku log aku..
aku dah catatkan lebih kurang 368 QSO's ( sehingga 9 april 3.00 ptg )
jutaan terima kasih aku ucapkan kat rakan2 yang sudi QSO dgn aku..
walaupun aku tak membawa sebarang keceriaan di dalam jalur.

jumpa lagi..

7 3

Isnin, 7 April 2008

GEMPAR..NOTIS RAE-1 2008 DAH KELUAR...

QST..

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia telah mengeluarkan notis RAE-1 2008..
Bersama-samalah kita mendudukinya.. :-)

Tarikh Exam : 24 JUN 2008
Waktu Exam : 1400 HOURS / 2.00 PETANG

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA..

7 3

Khamis, 3 April 2008

GEMPAR !!! SLD-2 DICEROBOH..

Heh,,
dah lama aku tak posting kat blog ni..
Maklumlah..Xde idea..

Pada 2 April 2008 , lebih kurang 11:36 PM ( waktu Malaysia )
SLD-2 diceroboh oleh warga asing..yang kononnya dari Iran..apabila ditanya..
penceroboh itu dengan sesuka hatinya bercakap dan ada masa2 tertentu , menggunakan bahasa yang agak kasar ! KURANG AJAR BETUL !

Lepas tu , penceroboh tu kata ,
MINTAK MAAF DENGAN DIA , BARU DIA MENINGGALKAN FREKUENSI SLD-2...
KURANG AJAR GILER...HUH !

Dia ada ugut2 dan bercakap mengenai pistol / senjata...
tapi aku tak sempat nak record yang tu..
aku sempat rekod bila dah last2..

Satu nasihat aku kat rakan2..
Kalau ada dengar lagi audio tu atau gangguan atau QRM..
kalau boleh..Reverse kan audio tu..
Kot2 kalau lokasi pemancaran tu berdekatan dengan QTH anda..

Sekian..

7 3