Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Ahad, 24 Februari 2008

Morse Code..Permulaan.

Penting sgt ker morse code..?????? ada yg bertanyalah..
bagi aku...penting..sbb apabila semua jenis komunikasi tidak boleh digunakan..termasuk Voice communication..morse code atau CW lah yang hanya dapat digunakan..

secara asasnya..morse code tidak susah dipelajari..hanya perlu menghafal lebih 36 kod..
yg terdiri daripada dit ( . ) dan dah ( - ) . aku senaraikan kod2 nya dibawah..

A .- ( DIT DAH )
B -... ( DAH DIT DIT DIT )
C -.-. ( DAH DIT DAH DIT )
D -.. ( DAH DIT DIT )
E . ( DIT )
F ..-. ( DIT DIT DAH DIT )
G --. ( DAH DAH DIT )
H .... ( DIT DIT DIT DIT )
I .. ( DIT DIT )
J .---- ( DIT DAH DAH DAH )
K -.- ( DAH DIT DAH )
L .-.. ( DIT DAH DIT DIT )
M -- ( DAH DAH )
N -. ( DAH DIT )
O --- ( DAH DAH DAH )
P .--. ( DIT DAH DAH DIT )
Q --.- ( DAH DAH DIT DAH )
R .-. ( DIT DAH DIT )
S ... ( DIT DIT DIT )
T - ( DAH )
U ..- ( DIT DIT DAH )
V ...- ( DIT DIT DIT DAH )
W .-- ( DIT DAH DAH )
X -..- ( DAH DIT DIT DAH )
Y -.-- ( DAH DIT DAH DAH )
Z --.. ( DAH DAH DIT DIT )

1 .---- ( DIT DAH DAH DAH DAH )
2 ..--- ( DIT DIT DAH DAH DAH )
3 ...-- ( DIT DIT DIT DAH DAH )
4 ....- ( DIT DIT DIT DIT DAH )
5 ..... ( DIT DIT DIT DIT DIT )
6 -.... ( DAH DIT DIT DIT DIT )
7 --... ( DAH DAH DIT DIT DIT )
8 ---.. ( DAH DAH DAH DIT DIT )
9 ----. ( DAH DAH DAH DAH DIT )
0 ----- ( DAH DAH DAH DAH DAH )

ini dulu utk masa ni...

7 3

Antenna Dinaikkan...Akhirnya

Pada hari sabtu , 23/02/2008 , aku berjaya menaikkan antenna base aku dengan sebetulnya , sebab sebelum ni setakat julurkan kat luar tingkap.

Di base kedua aku , kat Bukit Sentosa 2 , Rawang, Selangor. Rumah teres , so ada ruang untuk aku naikkan antenna tu , dengan berbekalkan paip pvc dan besi ( x ingat apa namanya ). Dapatlah ku naikkan dalam lingkungan 10 kaki , takde lah tinggi sgt..tp disebabkan rumah aku tu , terletak di atas bukit, jadi x yah tinggi2. Kalau campur ketinggian bukit and tiang antenna tuh , bolehlah dikatakan hampir 45 kaki.

2 je gambar yg sempat ku ambik.


dari bawah.


dari tepi..

sori sbb gambar tak clear sgt..aku ambik pakai kamera n70.

huh..
ada je yg busy body masa aku nak naikkan antenna tuh...
sibuk tanya tu antenna apa...

dah siap pasang..malam tuh aku try masuk SLD-2 , dapat signal report dari rakan 5 9.
mmg lah..sbb Genting Highland x jauh dari base aku.
antara stesen yg sempat aku QSO :
- SC2-IQ
-SC3-PQ
-SC3-KPJ
-SC3-AG
-SC3-HC
-SC3-HY
-SC3-YO
terima kasih atas short qso.

7 3

Jumaat, 22 Februari 2008

Picture Of My Antenna...

Seperti yg dijanjikan , aku akan letak gambar antenna aku kat sini...
tp gambar antenna tu kat dalam rumah lah...

Diamond F22 ( pandangan dari bawah )

Diamond F22 dari sisi

Diamond F22 dr sisi jugak


Wagayama RG-58 CABLE.. 20meter..

Sedikit info mengenai Diamond F22 Base Antenna :

Freq : 144Mhz ( 2M Band )
Gain : 6.7dB
Max Power : 200W
Impedance : 50 ohm
Length : 3.2 Meter
Weight : 1.3Kg
Wind resistance : 180KM/h

My New Antenna...Diamond F22

Setelah lama ku menggunakan mobile antenna untuk membantu tx dari rumah , akhirnya aku berjaya memiliki Diamond F22 Base Antenna....



Tapi...xde tempat nak letak...huhuhu...
ye lah .. aku duduk kondo , xde balcony..so macam mana nak letak antenna. Tak macam SC3-DZ, rumah dia ada balcony , so dia boleh sangkut Slim Jim kat luar..Jeles aku tengok..

Buat sementara ni , aku letak kat tingkap jer antenna tuh..
3 cabang tu kat dalam , dia punya batang terjulur kat luar tingkap , macam paip pvc terjulur pun ada.....cable pulak panjang rg58 20 meter..byk signal lost tuh...

Satu masalh yg ku hadapi ialah..
setiap kali ku tx guna rig...
aku akan rasa sakit kepala...disebabkan radiation dari rig yg amat kuat tuh...
tak kira lah aku guna mobile antenna atau base antenna...
sebab tu aku tak boleh nak QSO lama2 sangat...haha
nanti aku uploadkan gambar antenna tuh...InsyaAllah , lepas sembahyang jumaat nih...

Selasa, 29 Januari 2008

My First Rig..ICOM IC V8000

setalah lama kuimpikan untuk mempunya dan memilik sebuah mobile rig...akhirnya aku berjaya memilikinya pada minggu lepas...

walaupun rig ini tak seberapa canggih..
tapi masih mempunya power output yg tinggi...75w..

dibeli dgn harga rm710.00 dari Kedai SCS..






di atas ic v8000 tu adalah Uniden BCT15 Trunktracker Radio Scanner..

Khamis, 17 Januari 2008

Caravan Mares

Caravan MARES - terima kasih dan tahniah kepada semua
Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim
Monday, 14 January 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dengan bantuan semua rakan-rakan, caravan MARES yang baru dibeli kita telah pun berada dengan selamat di rumah Kelab MARES pada hari Ahad yang lepas.

Caravan yang baru diperolehi ini, dibiayai oleh sumbangan rakan-rakan yang budiman dan ditambah dengan dana dari tabung kelab MARES.

Caravan ini akan diubahsuai sebagai Mobile Command Center, untuk kegunaan operasi komunikasi kecemasan. MARES amat-amat mengalu-alukan sumbangan bagi memperbaiki caravan ini. Sumbangan boleh dihantar terus kepada MARES, pada alamat kelab, atau melalui Bendahari MARES, 9W2DJ.

Gambar-gambar sekitar operasi membawa balik caravan ini boleh dilihat disini:-
http://www.mares.org.my/coppermine/thumbnails.php?album=71

Tidak dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan Segamat Ham Club, seperti 9W2PCK, 9W2CAB, 9W2JNG, 9W2NOS, 9W2DJC, Pak Din dan semua yang turut membantu rakan rakan MARES semasa operasi membawa balik caravan.

Tahniah dan semoga MARES akan terus berkembang. Sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu.

Bengkel Membuat Antenna

Kepada semua ahli SCS , satu bengkel membuat antenna akan diadakan..

Tarikh : 23 Januari 2008 ( Rabu-Cuti Thaipusam )
Masa : 10.00 pagi
Temapt : Pinggiran Subang ( Pejabat SC3-DA )

Jenis Antenna : J POLE
Bayaran : RM66.00

Peserta yg telah mengesahkan pengabungan:
1. SC3 DA
2. SC3 XSD
3. SC2 MH
4. SC3 SY
5. SC3 AG
6. SC3 DC
7. SC3 ML
8. SC3 FA
9. SC3 OR
10. SC3 XAJ
11. SC1 GT
12.
13.
14.
15.