Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Jumaat, 29 Ogos 2008

MAJLIS EYE BALL MALAM AMBANG KEMERDEKAAN 2008

Info Kepada Semua Ahli SCS..
satu eyeball akan diadakan pada 30 Ogos 2008..
maklumat eyeball seperti dibawah..

Masa : 8.30-12.00mlm
Lokasi : Taman Metropolitan Kepong

Ramai2 dijemput hadir ke eyeball ni..
ada sesi tanda tangan daripada 9M2 untuk mereka yg lulus RAE..

jumpa anda di sana..


73

Rabu, 27 Ogos 2008

Aku Lulus RAE-1 2008

Alhamdulillah..
aku lulus juga RAE..dengan sekali ambik je..
dgn xde baca apa2 pun..jawab ikut pengetahuan aku..
tak rugi lah rm50 aku..tambang pergi balik sunway pyramid dgn Unisel shah alam...

aku melangkah ke alam baru.. alam 9W2...
insyaAllah..next year masuk alam 9M2 pulak..hehe


7 3

Rabu, 16 Julai 2008

Kesian Diorang..


Gambar atas tu aku ambik pagi tadi..rabu 16 july..

kesian betul diorang..
tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang MELAMPAU..
disebabkan road block yg berada berbatu2 di hadapan..
kalau lah aku berada di situasi diorang..
confirm aku naik gila n langgar semua kereta kt situ..

aku dapat banyangkan beberapa situasi yg dihadapi pemandu2 tu..

-dah lambat pergi kerja..and kena marah dgn bos
-dah lambat pergi kuliah..and kena marah dgn lecturer
-dah lambat jumpa client..and projek batal
-dah lambat pergi meeting..and lagi sekali kena marah dgn bos
-dah lambat pergi hospital..and maybe keluarga yg tersyg dah pun pergi buat selama-lamanya
-dah lambat hantar anak ke sekolah..and tak pasal2 kena tahan dgn pengawas..
-dah lambat pergi exam..and tak pasal2 fail exam tu
-dah lambat pergi event penting...and tak pasal2 terlepas event tu..yg mngkin skali seumur hidup..


yg pasti..
takde siapa yg suka situasi mcm ni..


73..

Selasa, 15 Julai 2008

Hari Yg Sibuk Untuk ATC Airport Sg Besi

'simpang tower this is 11Lima..requesting clearance for take off"
"11Lima you are clear for take off on Runway 22-Left"

"Niner Mike Romeo Foxtrot Charlie with you on 125.6 how do you read me..?"
"RFC..read you loud and clear , simpang tower"


dan macam2 lagi conversation yg aku dgr dari receiver aku..
utk info..
simpang tower adalah nama panggilan untuk Airport Sungai Besi or kod antarabangsanya WMKF..

hari isnin , 14 julai 08..
hari yang paling aktif utk WMKF aku rasa..
sebab..receiver aku sentiasa dpt tngkp perbualan diorang..
byk kapal terbang and helikopter mendarat kat situ..

pdrm punya heli yg paling byk aku dgr..
dgn kpl terbang pilatus diorang..
tpi jangan risau..apa yg aku dgr..
guna frekuensi Civil..maknanya memang open frequency.. :-)

kesian pilot kpl terbang 9M-RFC..
kena hold on kat darat.
sebab priority utk take off diberi kpd pdrm..

kira untung lah..
duk dkt dgn airport kecik..
boleh hilang boring dgr conversation diorang..



p/s..masa ku tgh type artikel ni.. kpl terbang 9M-RFC dah dapat kebenaran utk mendarat.. :-)



73..
c u again next time..

Khamis, 10 Julai 2008

Tips Dari Supervisor Petronas

ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas
selayang....
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak
isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu
aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang
agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07 sen
kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen...
mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun...
dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam
korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang
bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set
tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau
korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian









pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"



so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM
2.
70 seliter...







hehe..

aku pun terkena gak..


73..
c u again next time.

Berita Harian Versi Baru..

Baru2 ni..
dilancarkan Berita Harian dan Berita Minggu versi kompak..
lagi memudahkan pembaca untuk baca dan bawak ke sana sini..
jika hendak dibandingkan dengan versi lama..
yang baru ni lagi senang dan lebih efisien untuk dibaca...
sebagai bukti..kanak-kanak pun senang untuk baca Berita Harian versi baru..


( gambar adik aku tgh baca paper kat IJN sementara nak tunggu doktor panggil )



p/s..harap2 utusan malaysia pun ikut jejak langkah yg sama.. :-)



73
c u again next time..

Rabu, 9 Julai 2008

Jadilah Seperti Beliau..Sopan Santun




Hehe..
bukanlah aku suruh anda jadi pengganas..
tapi..sikap sopan santun , hormat kepada orang yang lebih tua..
harus disematkan dalam diri masing2..

p/s..sopan..

73..
c u next time..