Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Isnin, 10 Disember 2007

Mengenai SCS Communication & Sports



SCS Communication & Sports : The Pre-Amateur Radio Club dahulunya dikenali sebagai (SACC), merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan komunikasi radio tanpa wayar untuk berkomunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen radio amatur (9W2)di Semenanjung Malaysia.

SCS Communication & Sports ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Y.B.M Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman yang juga selaku Penaung kepada SCS Communication & Sports.

Setiap SWAL yang menjadi pengguna kepada SCS akan diberikan nama `call sign' (SC3) bagi Selangor dan Kuala Lumpur iaitu bagi mewakili dimana negeri seseorang ahli itu berada. Setiap pengguna akan dilatih untuk bercakap seperti yang dipraktikan oleh pemegang lesen radio amatur dan menggunakan `Q' code sebagai perantara untuk berkomunikasi dalam radio. Setiap pengguna SCS Communication diwajibkan untuk menduduki dan lulus RAE yang dikelolakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh masa 2 tahun.

Pihak SCS Communication & Sport memperkenalkan beberapa pakej kategori pengguna bagi tujuan pendaftaran sebagai pengguna di SCS Communication & Sport. Sebarang pertanyaan untuk menjadi pengguna di SCS Communication & Sports, boleh berhubung terus dengan SC1-LE (9W2SLC):019.381.5969, SC1-GT (9W2SHC):019.321.8549 atau SC1-WW :019.375.4950 atau email kepada sc1le@scs.net.my

Tiada ulasan: