Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 4 Mac 2008

SCS SHOOTING ACADEMY

Selaras dengan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SCS
Communication & Sport serta persetujuan dari Penaung SCS Communication
& Sport - YBM Tunku Abdul Jalil ibni Tunku Osman, maka dengan ini
diumumkan SCS Communication & Sport telah melangkah setapak lagi
dengan mewujudkan SCS Shooting Academy.

SCS Shooting Academy ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memberikan
latihan menembak menggunakan senjata api kepada ahli pengguna SCS dan
bukan ahli SCS secara lebih profesional.

Kepada ahli pengguna SCS Communication & Sport yang ingin menjadi ahli
kepada SCS Shooting Academy, dikenakan bayaran sebanyak RM300,
manakala kepada yang bukan ahli SCS, bayaran yang dikenakan adalah
sebanyak RM550.00

Kelebihan menjadi ahli di SCS Shoting Academy;
Akan diberikan Kad Keahlian SCS Shooting Academy
Setiap ahli boleh menggunakan lapang sasar tanpa had (7 hari seminggu,
tertakluk kepada peraturan lapang sasar).
Akan dipertimbangkan untuk disyorkan bagi mendapatkan lesen senjata
C&U (Carry and Use) dibawah lesen SCS Shooting Academy.

Keahlian Divisyen PERTAMA (First Division) dibuka sekarang. Seramai 25
orang dihadkan untuk menyertai setiap Divisyen. Jadikan diri anda
sebagai salah seorang dari 25 orang yang pertama berada dalam Divisyen
PERTAMA.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi
| SC1GT - 019.321.8549 | SC1LE - 019.381.5969 |

(Dipetik dari kenyataan SCI-LE )


7 3

Tiada ulasan: