Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Ahad, 20 Disember 2009

Maaf Sebab Dah Lama Sangat Tak Update...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog ni...
pertama sekali... saya sebagai pemilik dan penulis laman blog ni...
nak mohon maaf sebab dah lama sangat tak update kandungan di dalam laman blog ni...
agak busy/QRL dengan pelajaran sampai tak sempat nak update...

baru-baru ni...
pada 16 Disember 2009 bertempat di SACC Convention Mall, Shah Alam...
berlangsungnya Radio Amateur Examination siri ke-2 pada tahun 2009...
saya turut hadir sebab nak menghantar YL untuk mencuba nasib dalam RAE kali ni...
sementara nak tunggu exam bermula....
saya dan YL menikmati makanan tengah-hari di sebuah restoran makan segera yang baru dibina dihadapan perhentian bas Seksyen 2...
sempat lah jugak QSO dengan 9W2-ZNW... tapi sekejap je sebab ada QRM...

sebaik tiba di perkarangan kawasan parkir kereta di hadapan SACC Mall...
dapat dilihat kenderaan-kenderaan/jelopy-jelopy rakan2 yang lain...
jika hendak dibandingkan dengan jelopy saya... haiiii... jauh bezanyaa....


RAE kali ni...
memang ramai calon yang berjuang untuk mendapatkan Lesen ...
semoga kali ini... dapat melahirkan lebih ramai lagi operator/pemegang Callsign 9W2....
InsyaAllah....
dan sekaligus mengurangkan bilangan operator radio Haram....hehe...

sempatlah juga berjumpa dengan beberapa rakan Ham yang lain...
walaupun tak bertegur sapa...

ikut kata YL...
soalan kali ni susah jugak...
banyak soalan berkaitan teknikal dan hanya sedikit soalan mengenai SOP....

berjumpa lagi di masa yang akan datang....
Wassalam...

de 9W2-ZLF
-zahir-

Tiada ulasan: