Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 20 Mei 2008

Gegaran Di Bandar Sri Permaisuri

Assalamualaikum..

Aku sedang menonton tv, rancangan Dirty Jobs..
tengah best tengok cerita tu , tiba2 aku dengar ada pengumuman kat pangsapuri depan kondo aku..
lebih kurang macam ni lah isi kandungan pengumuman tu..
"..Perhatian kepada semua penduduk Sri Penara , diminta untuk turun ke bawah dan pastikan pintu rumah anda dikunci , berikutan gegaran yang berlaku sebentar tadi.."
aku terkejut..sebab kat rumah aku , Cengal Kondominium , memang aku takde rasa apa2 gegaran..
aku tengok luar , nampak sebuah kereta peronda polis tengah berlegar-legar kat kawasan pangsapuri tu,,

Aku bergegas ke dalam bilik kawalan aku..aku on receiver aku..
kot2 ada emergency call or interesting conversation..
tapi senyap jer receiver aku tu..mera juk kot..

then aku on freq pradas lepas tu aku tukar channel SCS..
baru aku dapat tau ada gempa bumi di indonesia..
kuat jugak lah..6.1 skala ritcher..

aku pun bawak handy aku..
keluar rumah..tengok apa yg terjadi kat pangsapuri dari tingkat 6 rumah aku..
aku nampak ramai orang turun kat bawah..berkumpul di kawasan lapang..
dikawal oleh polis diraja malaysia..
ada juga kelihatan kereta polis jenis Nissan X-Trail ulang alik kat jalan besar..
dengan lampu birunya yg berkelipan ..
aku sampaikan info mengenai gegaran tu kat SLD-1..(SCS)..
kebetulan SC3DZ ( jiran aku )..
ada monitor kat sld-1..
dia pun masuk dan tanya aku apa yg terjadi..
aku pun infokan lah situasi terkini...

keadaan menjadi bingit sebentar apabila sebuah jentera bomba tiba ke tempat kejadian..
then..beberapa anggota bomba turun dan mula memasuki ke bangunan pangsapuri tu..
lebih kurang setengah jam ( kalau tak silap aku.. )
penduduk mula dibenarkan pulang ke rumah masing2..



hmm..
alhamdulillah , rumah aku tak bergegar..
walaupun kondo yg aku duduk ni..
tinggi 19 tingkat..
rumah aku tingkat 6..
tapi takde sebarang laporan yg kondo aku duduk ni..turut bergegar pada malam tu..

p/s..ni baru gegaran kecil jer..orang ramai dah panik..bayangkan kalau gegaran besar....hmm..wallahualam..

Tiada ulasan: