Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Jumaat, 7 Disember 2007

Permulaan Diriku Dalam Komunikasi Radio

Mula-mula saya tidak mengenali apa itu radio amatur, malahan, saya tidak tahu akan kewujudannya di Malaysia.

Hendak dijadikan cerita, saya ada membeli sepasang walkie talkie kenwood, VHF, saya scan dan mendapat siaran yang agak pelik bagi saya, "Hotel Uniform" ,"Sierra Victor"..Pada mulanya saya menyangka itu adalah perbualan antara pasukan keselamatan yang menggunkan kod untuk berkomunikasi..

Entah bagaimana, satu hari saya melayari laman web , pada asalnya saya hendak mencari set walkie talkie yang baru..Terpapar satu laman web yang menjual peralatan radio amatur, kendalian 9M2SY..Pada saat itu saya mula mengenali tentang radio amatur..Saya baca artikel mengenai radio amatur...

Saya mula berminat dengan komunikasi radio..tetapi malas untuk menduduki RAE, kerana ketika itu saya masih di alam persekolahan, dan banyak peperiksaan lagi untuk saya hadapi, maka tiada masa untuk mengambil RAE...

Tiada ulasan: