Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Jumaat, 7 Disember 2007

QSO Pertama Saya

Pada petang(maghrib) Isnin, 3.12.2007, saya sedang monitor di jaluran, saya mendengar " SC3-HC mobile standing-by"..

Pada mulanya, saya berasa takut dan gugup untuk QSO dgn beliau, maklumlah, kali pertama hendak berkomunikasi di udara, tambahan pula, semua ahli-ahli SCS terdiri daripada mereka yang lebih tua dari saya...Jadi saya rasa rendah diri untuk bergabung...

Tetapi, bila saya fikir kembali, jika bukan sekarang, bila lagi..."SC3-SW base standing by.."
Kemudian bermulah QSO saya dengan rakan contact saya yang pertama..SC3HC, terima kasih Abg Faiz kerana memberi tunjuk ajar..

Tiada ulasan: