Selamat Datang and Welcome

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Terima Kasih Kerna Sudi Melawat Blog Rasmi Untuk , 9W2-ZLF. Pertama Sekali , Mohon Maaf Jika Kandungan Blog Ini Menyentuh Perasaan Mana-mana Pihak , Dan Sekiranya Ada Kekasaran Bahasa Di Blog Ini.

Untuk Pelawat Yang Merupakan Kali Ke-2 Atau Lebih , Jutaan Terima Kasih Saya Ucapkan.

Silakanlah Baca Artikel2 Yang Ada Kat Sini , Maybe Takdelah Bagus Sangat Pun Apa YAng Tertulis Kat Sini..
Maklumlah , Penulisnya Baru Setahun Jagung Berkecimpung Dalam Ham Radio , Dunia Blog dan Di Alam Ini..


73

Selasa, 29 April 2008

300 Ahli Pre Amateur SCS Communication Meriahkan Mega Eyeball

Petikan Daripada Akhbar Sinar Harian ( Selasa , 29 April 2008 )
Muka Surat S15..

Klang - Seramai 300 ahli Kelab Pre Amateur SCS Communication and Sports dijangka akan memeriahkan Mega Eyeball yang bakal diadakan di Rabok Bay , Jalan Kebun , Rabu ini.

Perjumpaan itu juga bersempena dengan Majlis Penyerahan Lesen Pre Amateur , Apparatus Assignment ( AA ) yang dikeluarkan mengikut Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Pengarah Teknikal SCS , Shah Harizal Kamarudin berkata , selain daripada penyerahan lesen Pre Amateur ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli.

Menurutnya , The Pre Amateur radio ditubuhkan pada 4 Oktober 2006 dan kini mempunyai 200 keahlian bagi menyediakan platform kepada peminat radio amatur yang masih belum memiliki lesen berkenaan.

"Menerusi AA mereka boleh menggunakan radio komunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen amatur ( 9W2) di semenanjung Malaysia khususnya di kawasan Lembah Klang.

"Apa yang penting , program ini dapat mempertemukan sesama ahli yang sebelum ini hanya berhubung melalui radio antara mereka.

"Kita juga akan mengumpul barang-barang makanan untuk didermakan kepada rumah kebajikan dan memperkenalkan SCS sebagai rakan pemantau Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) ," jelasnya.

Tiada ulasan: